Thursday 27 December 2012

hedgehog

Assalammualaikum, dan holo ! :)

well, harini aku nak kongsi sikit pengetahuan aku pasal seekor binatang yang diberi nama HEDGEHOG ( sila rujuk gamba kalau tak kenal ). Hedgehog ni sebenarnya bukanlah salah seekor dari spesis landak. Takdo kene mengeno pun depa ni. Tapi terlalu ramai yang salah anggap yang ingat dorang ni badik-badik,cucu-cicit,mak-bapak,sdare-mare sume just because badan dorang ade duri atau quils di belakang badan dorang. Alah, yang macam landak tu. Ha sebab tu dorang ni banyak yg kaitkan dengan landak. Ade 15 species hedgehog, contohnya african pygmy,albino dan salt and pepper. Kalau nak tau lagi jenis-jenis hedgehog ni, sila lah google ye. Dorang ni bergantung pada pendengaran dan deria bau sebab mata dorang cam tak nampak sangat. Aktif pada waktu malam untuk mencari makanan ataupun berjalan-jalan dan pada siang hari mostly depa ni tidoq. Dorang akan bulatkan badan dorang macam bola dan tidur. Sebabnya dorang bulatkan badan dorang is untuk halang daripada dimakan haiwan pemangsa. Yelah kan, kalau kite ni tengah nak mencari makanan walau lapar camne pun, memang tidak lah nak makan bola duri kan. So ni lah cara dorang untuk selamatkan diri dorang. Bulatkan badan menjadi macam sebiji bola duri. Hedgehog ni, boleh dijinakkan sekiranya kite nak jadikan pet. Cara-cara akan dinyatakan di sebelah bawah. Pemakanan dan cara-cara nak jaga pun akan dinyatakan disebelah bawah. So sila lah bce sampai habis. :)

CARA-CARA NAK JINAKKAN HEDGEHOG

 Apa yang kite boleh buat nak jinakkan hedgehog ni is kite boleh amik baju kite yang dah pakai yang memang terlekat bau badan kite tu, tapi jangan la yang terlalu busuk, kang pengsan plak hedgie tu kang.  Kite amik baju tu dan letak lah kat dalam cage hedgie tu, so that dia akan terbiasa dengan bau kita dan nanti dia takkan takut kat kite dah. Guna jugak baju yang berbau badan kite tu untuk alaskan tangan kite masa nak angkat dorang. Ni cara yang bagus jugak untuk beranikan diri kite nak biasakan untuk pegang duri-duri dia tu. Selalu jugaklah pergi main-main dengan dorang dan bercakap dengan dorang. Bila dorang keal dah bau badan and suara kita, takde hal dah nak pegang-pegang atau memain dengan depa :)


CARA-CARA NAK JAGA DAN PEMAKANAN HEDGEHOG

Hedgie ni memang senang je nak jaga. Dan tak leceh pun. Bau pun kurang dari kucing. So memang comel dan sesuai nak dijadikan pet. Tapi jaga-jagalah bagi yang ade anak-anak kecik kat rumah, takut tertusuk pulak kalau tak berhati-hati. Dorang ni very simple and fun animal. Ape yang perlu kalau nak start bela is sangkar,bedding,makanan. Sangkar seeloknya guna lah yang tak jaring-jaring so that kaki depa yang kiut ni tak tersangkut dan tersekat. Contoh sangkar paling okay nak pakai ade dibawah. Bagi gambar bagi senang hangpa sume nak paha,. Bedding pulak boleh guna yang macam hemster pakai. Tapi saye pakai yang kayu punya so that tahan lebih lama dan lebih serap bau dan tak kotor dan leceh. ( contoh ade di bawah jugak ). Bagi makanan pulak, ramai yang just bagi makanan kucing. Dorang akan makanan kucing tak kire jenis ape, tapi jangan la bagai yang cikai-cikai sangat. Takut sakit pulak.Dan dalam 2 hari sekali, bagilah meal worm atau superworm kat dorang. ( contoh ade di bawah bagi yang taktau ). Buah-buahan pun boleh bagi, tapi delenyekkan dulu ye :)

Hedgehog 


ni bila dorang nak pertahankan diri 
COMEL K


Contoh cage yang sesuai digunakan.



Mealworm
selalu ada jual di kedai ikan sebab ikan banyak makan mealworm ni 
petshop biasa kadang-kadang ada


So harap korang enjoy baca ni dan apa-apa pertanyaan boleh tanya di comment ye. Btw, sesiapa yang nak bela hedgehog ni, bagitau lah, coz aku ade jual :) 
BYE


mix bengal kittens

new batch of mix bengal for sale. 2 months. dah putus susu and dah makan sendiri. dah separate dr mak dia. ada 5 ekor ada male and female. boleh dtg tgk . kat giant sri kembangan. cod giant sri kembangan, pasar borong selangor , carefore puchong. pm if interested. bapak pure spotted bengal, mak long hair tabby.
seekor rm350 

Ape-ape boleh tanya k. comment ke. akan dibalas insyaallah :)
 

Tuesday 25 December 2012

kedai sendiri :)

Assalammualaikum semua. Ha ni aku nak setori sikit ni. Insyaallah pada hujung bulan depan aku akan bukak pet shop aku sendiri kat area rumah aku di puchong ni. Opening kedai aku nanti tu
 ( tarikh akan dimaklumkan kemudian ) aku nak jemput semua pet fans, ftnfdzl fans, viewers dan sesiapa pun lah untuk datang hadir untuk memeriahkan lagi opening pet shop aku nanti tu. Setelah lama aku simpan niat nak bukak pet shop sendiri, insyaallah termakbul bulan depan. Masa opening kedai aku nanti, aku akan buat makan-makan, promosi, dan afew other interesting stuff. So ape yang aku cube sampaikan kat sini is


DATANGLAH BERAMAI RAMAI YE NANTI KE PEMBUKAAN RASMI TFF PET PARADISE  :D

Tuesday 18 December 2012

blog world, im back :)

! HEY HEY HEY HEY HEY !
  ! HOLO HOLO HOLO !

Ya Rabbi, lamanya aku dah tinggalkan dunia blogging ni. ( eceh )
Aku tinggalkan bukannya sebab apa, blog dulu tu dh tak ingat password. 
HA NI I AM BACK YAW !

So sekarang aku nak mula balik berblogging. Ini kira kerja sampingan aku selain nak membuat video untuk korang di youtube. Aku harap, blog aku ni akan jadi menarik untuk korang baca coz aku ingat aku nak share macam-macam dalam blog ni termasuk la aku punya side bisnes jual haiwan peliharaan. Aku nak kongsi ilmu yang aku tahu tentang binatang-binatang yang maybe korang tak pernah amik kisah ke, kurang kisah ke. Mana la tau lepas dah baca ape yang aku tulis ni, korang jadi animal lover jugak ke kan? :) 

Pastu dalam blog ni jugak aku nak share aku punya perjalanan hidup ke, pengalaman ke, ape-ape pun lah yang aku rasa aku patut nak kongsi dengan korang. So hopefully korang enjoy kayh.